Saya Mak Kundur. Perniagaan samosa dan popiah ini baru sahaja ditubuhkan. Saya pengurus besar dalam MAKCIKBAWANG INTERNATIONAL (MBI) ini. Ahmad Bob itu adalah anak saya. Dia pengurus kecil MBI. Dia juga yang telah mempromosikan samosa dan popiah saya di sekolah.

Bawah saya adalah Kintan dan Kuntum. Mereka anak-anak saudara saya. Mereka baru sahaja habis belajar. Seorang pakar IT, seorang pakar dalam pemasaran. Alhamdulillah, tak payah saya mengupah orang luar untuk bekerjasama dengan saya.

Bawah mereka pula saudara mara mereka. Kiranya dalam MBI ini semua ahli keluarga. Nama MBI ini kami dapat ilham dari MBG dan Houseboom pada minggu pertamanbulan April 2018 semasa saya pergi kursus Pro Halal dekat KL yang bermaksud sebenarnya ialah Money Back InsyaAllah (MBI). Alhamdulillah banyak yang saya pelajari. Kamu semua doakan ye MAKCIKBAWANG INTERNATIONAL ini berkembang maju sebagaimana yang kami harapkan.

TERIMA KASIH !